Dasar Privasi
CERMAQ menghormati privasi setiap peserta dan pelanggan kami. Segala maklumat yang dikumpul melalui pendaftaran program, borang maklum balas, dan komunikasi akan disimpan dengan selamat mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.
Maklumat Yang Dikumpul
- Nama, nombor telefon, alamat e-mel dan organisasi.
- Maklumat penyertaan program dan maklum balas peserta.
Tujuan Penggunaan
- Mengurus penyertaan program dan latihan.
- Menghantar bahan latihan atau kemas kini berkaitan program.
- Analisis penambahbaikan kualiti perkhidmatan.
Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis kecuali diwajibkan oleh undang-undang.